72 Blue Corvette

04 March 2012

Saintis Untuk Semua - Penemuan Baharu

Penemuan Baharu

1. Pinggan Pakai Buang Ubi Kayu Mesra Alam
- Pinggan pakai buang selalu digunakan ketika mengadakan majlis atau jamuan makan agar lebih senang.
- Pinggan pakai buang yang biasa dibuat daripada polesterin yang membahayakan kesihatan.
- Ia juga mengambil masa 120 hingga 180 hari untuk terurai.
- Oleh itu, pinggan pakai buang polesterin telah digantikan dengan pinggan pakai buang ubi kayu.
- Pinggan pakai buang ubi kayu adalah mesra alam dan mengambil masa 28 hari untuk dilupuskan di dalam tanah.
- Produk ini dibuat daripada 99 peratus tepung ubi kayu  dan boleh dimakan begitu sahaja.
- Terima kasih kepada Natures Harmony Industries Sdn Bhd ( NHI) kerana telah bersusah payah untuk mencipta pinggan pakai buang ubi kayu ini.




2. Plastik Mesra Alam Daripada Sisa Buah-Buahan
- Kebanyakan plastik dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai.
- Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui inovasi baru dalam menghasilkan plastik mesra alam
- Ia dikenali sebagai Fruitplast, ia dibuat daripada sisa buah-buahan.
- Frutiplast mengambil masa seminggu untuk menukar sisa buah menjadi lapisan plastik.
- Fruitplast akan rosak dalam tiga hingga enam bulan.
- Kos megeluarkan Frutiplast pula 10 peratus lebih murah.







Terima Kasih kepada:
Majalah Teknologi Hijau
NHI Sdn Bhd
USM

No comments:

Post a Comment

[Form1-3] Review