72 Blue Corvette

21 April 2012

Saintis Untuk Semua

Segi Tiga Bermuda (Bermuda Triangle)
  1. Merujuk sempadan berbentuk tiga segi di barat laut Lautan Atlantik meliputi Kepulauan Bermuda, Selat Florida dan Laut Caribbean.
  2. Kedudukannya lebih kurang di latitud 20 hingga 40 darjah utara serta longtitud 55 hingga 85 darjah barat merangkumi kawasan seluas empat juta kilometer persegi.
  3. Mengikut laporan pihak marin Amerika pada tahun 1973, sejak 100 tahun ini telah berlaku lebih kurang 8000 kes kemalangan termasuk kehilangan 50 kapal serta 20 kapal terbang di kawasan ini.


Teori di Sebalik Segi Tiga Bermuda 
  1.  Hidrat Mentana : Hidrat mentana yang keras di bawah laut akan pecah apabila berlaku gempa bumi dan mengeluarkan banyak banyak gas mentana. Apabila ini berlaku, banyak buih akan terbentuk. Buih ini boleh mempengaruhi ketumpatan air serta melemahkan daya apung kapal. Kapal akan ditarik ke bawah lalu tenggelam. Hidrat mentana juga mengubah keadaan atmosfera lalu mengakibatkan kerosakan teruk kepada kapal tebang.
  2. Perubahan medan magnetik bumi : Secara umumnya, penuruan medan magnetik bumi berlaku setiap 200 ke 250 ribu tahun semasa ia mengubah haluan. Perubahan medan magnetik yang berlaku secara tiba-tiba boleh mengakibatkan kerosakan pada kapal dan kapal terbang. Segi tiga bermuda terletak di atas medan magnetik kurang stabil lalu mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena. Selain itu, ada pelbagai tanggapan seperti kemunculan makhluk asing dan kewujudan dimensi lain






No comments:

Post a Comment

[Form1-3] Review